Selamat Datang Ke Portal Rasmi TS25 SMKTBG

Pengikut

PROFIL SEKOLAH


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 

1.

NAMA SEKOLAH

SMK TELUK BAHANG

2.

KOD SEKOLAH

PEA3036

3.

JENIS SEKOLAH

SEKOLAH KERAJAAN

4.

GRED SEKOLAH

B

5.

LOKASI

LUAR BANDAR

6.

DAERAH PENTADBIRAN

BARAT DAYA

7.

ALAMAT SEKOLAH

SMK TELUK BAHANG, 11050 PULAU PINANG

8.

NO TELEFON SEKOLAH

04-8814636

9.

NO FAX SEKOLAH

04-8811936

10.

LAMAN WEB SEKOLAH

www.smktbg.com

11.

EMAIL RASMI SEKOLAH

pea3036@jpnpp.edu.my




LOGO SEKOLAH

                                                                                IQRA    

                                                          “SEKOLAH BERWATAK KRS”

                                                                 SMK TELUK BAHANG


Kombinasi warna adalah warna bendera Malaysia yang membawa makna semangat patriotik warga SMK Teluk Bahang. Warna biru melambangkan Kecemerlangan, merah Ketrampilan  dan kuning melambangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Sekolah.

Haluan Kapal bermaksud menuju ke arah dunia globalisasi yang memfokuskan Sains dan Teknologi.

Nukleus bermaksud penekanan terhadap Sains dan Teknologi

Lingkaran Orbit bermaksud mewujudkan golonganan yang celik Teknologi maklumat dan Komunikasi ( ICT)


VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

 

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” 

 

MOTTO

                                                                 “IQRA”

Makna kata perintah “iqra (bacalah)” yang difirmankan Allah dalam surah Al-a’laq (surah : 96 ) yang bukan sahaja sekadar membaca dan menghayati Al-quran tetapi membaca bertujuan memperolehi ilmu pengetahuan yang benar agar kita dapat mensyukuri akan kebesaran-Nya. Perkataan “iqra” juga merupakan gabungan motto sekolah yang membawa maksud berikut:

INTELECTUAL (Kebijaksanaan)                                     

QQUALITY (Berkualiti)

RRELIABLE (Kebolehanpercayaan)  

AAMBITIOUS (Berwawasan) 



PIAGAM PELANGGAN


Kami guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang berjanji dan bersedia menyempurnakan kewajipan kami sebaik mungkin untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah kami supaya:

Mencapai kecemerlangan hidup yang berdisiplin dengan menjamin pencapaian akademik yang cemerlang.

Memastikan suasana persekitaran sekolah yang tenteram dan kondusif.



MATLAMAT SEKOLAH


Seluruh warga pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang berpegang pada satu matlamat yang sama, iaitu melahirkan insan pelajar:

i)        Bertakwa dan Berakhlak Mulia.

ii)      Berilmu dan Berfikiran Cemerlang.

iii)    Berdisiplin dan Berketrampilan.

iv)    Bersifat Global dan Berdaya Saing Tinggi.

v)      Berjiwa Murni.

 

 

FALSAFAH DAN NILAI


Seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang dengan penuh semangat dan iltizam berpegang kepada falsafah yang telah ditetapkan, iaitu:

ü  Mempertingkatkan Perkhidmatan, Kualiti Produktiviti, Dan Berusaha Melahirkan Pelajar-Pelajar Yang Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum Dan Kokurikulum Serta Mampu Menangani Dugaan Hidup Masa Depan

ü  Di samping itu, warga pentadbir dan pendidik SMK Teluk Bahang juga mempunyai nilai dan budaya sekolah yang telah diaplikasikan dalam setiap urusan kerja, iaitu seluruh undang-undang sekolah akan dicerminkan melalui prinsip-prinsip:

ü  Sentiasa berbangga terhadap sekolah dan berusaha mengekalkan keadaan fizikal dan

ü  persekitaran yang bersih, cantik dan ceria.

ü  Wujud suasana pengajaran berkesan oleh pihak guru dan pembelajaran yang

ü  bermakna oleh pihak pelajar.

ü  Guru dihormati, pelajar disayangi.

ü  Mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa Inggeris sebagai

ü  bahasa kedua dan bahasa dunia.

ü  Disiplin kendiri (dalam diri) lebih berkesan daripada disiplin yang dikenakan dari

ü  luar.

ü  Membaca ke arah mewujudkan budaya ilmu dan berpengetahuan dalam teknologi

ü  maklumat (IT).

ü  Wujud semangat kekeluargaan dan kekitaan serta saling menghormati sesama warga sekolah dan dengan orang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan