Selamat Datang Ke Portal Rasmi TS25 SMKTBG

Pengikut

PROJECT BASED LEARNING

 


PROJECT BASED LEARNING

1 KOLONEL


AIR PERMATA KEHIDUPAN






Laporan : 

PERKARA

KETERANGAN

NAMA PROJEK

AIR PERMATA KEHIDUPAN

SASARAN

PELAJAR 1 KOLONEL

TARIKH DAN HARI

20 OGOS,  SELASA

SUBJEK

SAINS

1.5 Ketumpatan

1.5.4 Mengira ketumpatan menggunakan umus ketumpatan 

      =M\V dan kaedah sesaran air

 

MATEMATIK

3.2 Kuasa tiga dan punca kuasa tiga

3.2.1 Menerangkan maksud kuasda tiga dan kuasa tiga sempurna

 

BAHASA MELAYU

2.4 Membaca dan memhami maksud tersurat dan tersirat

2.4.2 Menggunakan pelbagai bahan untuk menjana idea

 

BAHASA INGGERIS

1.2 Listen and respond appropriately in formal and informal situations

1.2.4 Able to participate in daily and guided conversations with peers with an excellent level of fluency and appropriateness.

 

 GURU TERLIBAT

En Bahtia B Jaafar

Pn Nasarah Bt Kamal

Pn Poon Ah Ngoh

Pn Noorhayati Bt Osman

Pn Wan Nur Aisyah Bt Wan Shoaidi

TEMPOH PELAKSANAAN

3 MINGGU

FASA PROJEK

PERMULAAN PROJEK

1.      Pelajar 1 Kolonel diberi taklimat mengenai Project Based Learning

2.      Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dalam melaksanakan projek ini

3.      Pelajar-pelajar mula mencari maklumat mengenai ketumpatan air melalui internet dan buku-buku ilmiah.

 

PEMBANGUNAN PROJEK

1.      Guru-guru terlibat mula mebimbing pelajar-pelajar 1 Kolonel untuk memastikan projek berjalan dengan cemerlang.

2.      Pelajar-pelajar berbicang dalam kumpulan dan mereka makanan dan minuman  berdasarkan konsep ketumpatan

 

PELAKSANAAN PROJEK

1.      Pada 20 Ogos, Selasa gerai-gerai jualan minuman hasil rekaan pelajar-pelajar 1 Kolonel ditubuhkan.

2.      Dengan menggunakan konsep ketumpatan yang dipelajari dalam kelas, para pelajar berjaya menggaplikasikan konsep tersebut dalam hidupan harian secara praktikal.

 

DOKUMENTASI PROJEK

1.      Pelajar membentangkan hasil dapatan daripada pelaksanaan PROJECT BASED LEARNING

2.      Guru membimbing murid mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek yang telah dilaksanakan.

 

KEKANGAN PROJEK

 

1.      Masa yang tidak mencukupi. Ini ditambah pula dengan ujian

bulanan yang diadakan oleh pihak sekolah.

2.      Murid terlibat dengan pelbagai aktiviti lain di sekolah seperti

pertandingan akademik, pertandingan reka cipta di samping aktiviti-aktiviti kokurikulum.

3.      Masalah komunikasi juga merupakan antara halangan yang

dihadapi. Ini kerana murid-murid juga terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris untuk penjualan dan pembetangan.

4.      Terdapat juga murid yang kurang berminat dan bermotivasi

kerana projek ini tidak memberikan sumbangan secara langsung dengan pencapaian akademik mereka berbanding dengan jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

 

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 

1.      Semasa projek rintis, terdapat murid yang kurang memberikan perhatian. Ini menyebabkan terdapat murid yang bekerja lebih berbanding dengan yang lain. Terdapat murid yang merasakan bahawa kerja mereka itu tidak memberikan sumbangan langsung terhadap peningkatan pencapaian gred peperiksaan mereka. Bagi tujuan ini, guru perlulah memberikan penerangan yang jelas kepada murid tentang tujuan dan faedah mengamalkan PBL dalam pembelajaran mereka. Ini kerana topik yang disiasat dalam projek PBL adalah berasaskan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran yang dibelajari. Malah terdapat pelbagai lagi kemahiran dan ketrampilan yang akan mereka peroleh apabila menyertai projek PBL.

2.      Antara kekangan murid dan guru dalam projek rintis PBL adalah keselarasan masa untuk semua aktiviti PBL. Ini termasuklah sesi perjumpaan, lawatan dan sumbangsaran. Bagi mengurangkan halangan ini, satu takwim pelaksanaan projek yang sistematik perlu disediakan. Untuk mengatasi kekangan dan perkara luar jangkaan dalam pelaksanaan PBL, perancangan yang sistematik dan pengurusan masa adalah amat penting.

 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan