1 KOLONEL
AIR PERMATA KEHIDUPAN
Laporan :
PERKARA |
KETERANGAN |
NAMA
PROJEK |
AIR
PERMATA KEHIDUPAN |
SASARAN |
PELAJAR
1 KOLONEL |
TARIKH
DAN HARI |
20
OGOS, SELASA |
SUBJEK |
SAINS 1.5
Ketumpatan 1.5.4
Mengira ketumpatan menggunakan umus ketumpatan =M\V dan kaedah sesaran air MATEMATIK 3.2
Kuasa tiga dan punca kuasa tiga 3.2.1
Menerangkan maksud kuasda tiga dan kuasa tiga sempurna BAHASA
MELAYU 2.4
Membaca dan memhami maksud tersurat dan tersirat 2.4.2
Menggunakan pelbagai bahan untuk menjana idea BAHASA
INGGERIS 1.2
Listen and respond appropriately in formal and informal situations 1.2.4
Able to participate in daily and guided conversations with peers with an
excellent level of fluency and appropriateness. |
GURU TERLIBAT |
En
Bahtia B Jaafar Pn
Nasarah Bt Kamal Pn
Poon Ah Ngoh Pn
Noorhayati Bt Osman Pn
Wan Nur Aisyah Bt Wan Shoaidi |
TEMPOH
PELAKSANAAN |
3
MINGGU |
FASA
PROJEK |
PERMULAAN
PROJEK 1. Pelajar
1 Kolonel diberi taklimat mengenai Project Based Learning 2. Pelajar-pelajar
dibahagikan kepada 5 kumpulan dalam melaksanakan projek ini 3. Pelajar-pelajar
mula mencari maklumat mengenai ketumpatan air melalui internet dan buku-buku
ilmiah. PEMBANGUNAN
PROJEK 1. Guru-guru
terlibat mula mebimbing pelajar-pelajar 1 Kolonel untuk memastikan projek
berjalan dengan cemerlang. 2. Pelajar-pelajar
berbicang dalam kumpulan dan mereka makanan dan minuman berdasarkan konsep ketumpatan PELAKSANAAN
PROJEK 1. Pada
20 Ogos, Selasa gerai-gerai jualan minuman hasil rekaan pelajar-pelajar 1
Kolonel ditubuhkan. 2. Dengan
menggunakan konsep ketumpatan yang dipelajari dalam kelas, para pelajar
berjaya menggaplikasikan konsep tersebut dalam hidupan harian secara
praktikal. DOKUMENTASI
PROJEK 1. Pelajar
membentangkan hasil dapatan daripada pelaksanaan PROJECT BASED LEARNING 2. Guru
membimbing murid mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar tentang projek
yang telah dilaksanakan. |
KEKANGAN
PROJEK |
1. Masa
yang tidak mencukupi. Ini ditambah pula dengan ujian bulanan yang diadakan
oleh pihak sekolah. 2. Murid
terlibat dengan pelbagai aktiviti lain di sekolah seperti pertandingan akademik,
pertandingan reka cipta di samping aktiviti-aktiviti kokurikulum. 3. Masalah
komunikasi juga merupakan antara halangan yang dihadapi. Ini kerana murid-murid
juga terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris untuk penjualan dan pembetangan. 4. Terdapat
juga murid yang kurang berminat dan bermotivasi kerana projek ini
tidak memberikan sumbangan secara langsung dengan pencapaian akademik mereka
berbanding dengan jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek
berkenaan. |
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN |
1. Semasa
projek rintis, terdapat murid yang kurang memberikan perhatian. Ini
menyebabkan terdapat murid yang bekerja lebih berbanding dengan yang lain.
Terdapat murid yang merasakan bahawa kerja mereka itu tidak memberikan
sumbangan langsung terhadap peningkatan pencapaian gred peperiksaan mereka.
Bagi tujuan ini, guru perlulah memberikan penerangan yang jelas kepada murid
tentang tujuan dan faedah mengamalkan PBL dalam pembelajaran mereka. Ini
kerana topik yang disiasat dalam projek PBL adalah berasaskan Huraian Sukatan
Pelajaran mata pelajaran yang dibelajari. Malah terdapat pelbagai lagi
kemahiran dan ketrampilan yang akan mereka peroleh apabila menyertai projek
PBL. 2. Antara
kekangan murid dan guru dalam projek rintis PBL adalah keselarasan masa untuk
semua aktiviti PBL. Ini termasuklah sesi perjumpaan, lawatan dan
sumbangsaran. Bagi mengurangkan halangan ini, satu takwim pelaksanaan projek
yang sistematik perlu disediakan. Untuk mengatasi kekangan dan perkara luar
jangkaan dalam pelaksanaan PBL, perancangan yang sistematik dan pengurusan
masa adalah amat penting. |